56 petugas media rasai pengalaman 24 jam sebagai tentera

Iklan
Mohamed Khaled (tengah) hadir Majlis Penutupan Hari Bersama Media di Lapang Sasar Menembak Jugra, Batu Hampar di Banting, pada Selasa.

JUGRA - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pengamal media yang berjaya mengikuti Hari Bersama Media Kementerian Pertahanan (Mindef).

Program anjuran bersama Unit Komunikasi Strategik (UKS) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Pasukan Khas Udara (Paskau) itu bermula pada Isnin melibatkan 56 petugas media daripada 21 agensi tempatan.

Iklan
Iklan

Mohamed Khaled (depan) bergambar bersama pegawai kanan ATM dan warga media pada Majlis Penutupan Hari Bersama Media di Lapang Sasar Menembak Jugra, Batu Hampar, pada Selasa.

Sinar Harian diwakili wartawan Muhammad Afham Ramli dan Nuratikah Athilya Hassan.

Iklan

Antara cabaran sepanjang 24 jam perlu ditempuhi peserta yang dibahagi lima kumpulan ialah menembak raifal dan pistol, mendaki, ikhtiar hidup, memasak menggunakan rangsum tempur Angkatan Tentera Malaysia (ATM), latihan merentas halangan serta menara abseiling.

Hari Bersama Media Mindef turut melaksanakan cabaran ikhtiar hidup yang dilaksanakan di Bukit Jugra, Banting.

Iklan

Menurut Mohamed Khalid, beliau mengucapkan tahniah di atas penganjuran program berkenaan.

Katanya, difahamkan ini kali pertama Mindef adakan program dengan pendekatan sebegini.

"Hari ini apabila kita adakan program sedemikian bukan kerana hendak tengok media hebat atau tidak, tetapi luar jangkaan memang survive, memang hebat.

"Secara umum inilah yang sebenarnya ditunjukkan anggota tentera kita selain cabaran sebenar dalam dunia pertahanan," katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Hari Bersama Media di Lapang Sasar Menembak Jugra, Batu Hampar di sini pada Selasa.

Cabaran kemahiran menembak antara yang perlu ditempuh peserta di kalangan petugas media di Lapang Sasar Menembak Jugra, Batu Hampar.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Asghar Khan Goriman Khan.

Mengulas lanjut, tambah Mohamed Khaled, program sebegini merupakan usaha dalam mengeratkan hubungan Mindef bersama media apatah lagi kementerian ini menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

Antara ujian rentas halangan yang perlu dilakukan peserta media di Pangkalan Udara Jugra, Banting, pada Selasa.

"Keberkesanan kita laksanakan tanggungjawab ini boleh tercapai dengan sokongan di semua peringkat masyarakat dan di sini media memainkan peranan besar," ujarnya.

Sementara itu, wartawan kanan Sin Chew Daily, Leong Khong berkata, ini merupakan pengalaman menarik yang menguji kekuatan fizikal dan mental peserta.

Leong Khong

"Paling mencabar ialah mendaki Bukit Jugra. Terima kasih kepada rakan pasukan di atas semangat berpasukan.

"Program ini juga dapat mengetahui dan melihat sendiri keupayaan Paskau dengan pendedahan menerusi demonstrasi cara menyelamat di air dan sebagainya," katanya.

Lokasi cabaran yang perlu ditempuh peserta di kalangan media selepas melakukan ujian pendakian Bukit Jugra, di Banting.

Bagi, Penerbit Rancangan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Radio, Siti Hashmarr Mohd Hashim berkata, program berkenaan memberi peluang kepada pengamal media untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang tentera.

Siti Hashmarr

Ujarnya, walaupun aktiviti yang diadakan tidak dilakukan sepenuhnya seperti latihan yang sebenar, namun ia masih mencabar dan memberi pendedahan bahawa bukan mudah untuk menjadi tentera.

"Banyak ilmu yang kami dapat, bukan sahaja daripada segi teknik kelangsungan hidup dalam hutan dan keselamatan tetapi banyak juga ilmu lain seperti menembak," ujarnya.