Polemik T15 masih berterusan

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PADA Isnin, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memberitahu kementeriannya sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan.

Rafizi berkata, perincian itu amat diperlukan bagi memberi garis lebih tepat kepada kumpulan T15, yang akan dinilai berdasarkan lokaliti dan takrifannya bukan lagi bersifat nasional, sebagaimana dasar terdahulu.

Iklan
Iklan

Selain dinilai berdasarkan lokaliti, asas bagi takrifan T15 itu juga akan berpandukan pendapatan boleh belanja bersih sesebuah isi rumah, dengan ukuran tanggungan dibuat berdasarkan perbelanjaan asas kehidupan wajar.

Berdasarkan penerangan Rafizi ini, dapat disimpulkan pengelasan T15 yang akan diumumkan kelak tidak hanya berdasarkan pendapatan isi rumah sebaliknya turut mengambil kira lokasi seseorang itu menetap dan saiz ahli keluarganya.

Iklan

Dua individu berbeza yang mempunyai pendapatan isi rumah sama sebanyak RM13,000 misalnya mungkin berada ke kelas berbeza seandainya salah seorang menetap di Kangar manakala seorang lagi menetap di Kuala Lumpur.

Perbelanjaan menanggung lima anak yang masih bersekolah juga tentunya berbeza daripada menanggung seorang anak berusia empat tahun sahaja. Perbelanjaan bersih sesebuah keluarga memang wajar dijadikan asas utama pengelasan T15 oleh kerajaan.

Iklan

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat juga menjelaskan bahawa kerajaan sedang mengkaji paras ambang pendapatan bagi golongan T15 daripada RM13,000 yang ditetapkan Jabatan Perangkaan ketika ini kepada RM15,000 hingga RM20,000.

Kenaikan ambang pendapatan ini tentunya dapat meredakan keluh-kesah keluarga berpendapatan isi rumah RM13,000 sebelum ini yang bimbang bakal tidak lagi menikmati subsidi RON95 pertengahan tahun depan.

Penerangan Anwar dan Rafizi ini juga diharap dapat meredakan sedikit kegusaran orang ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka akan termasuk dalam golongan T15 atau tidak.

Sepatutnya sebelum umum, kerajaan perlu kaji dulu golongan manakah yang dikatakan T15 itu.