TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhadapan detik memalukan apabila dia terpaksa menghentikan ucapan selepas diganggu oleh sekumpulan penduduk semasa majlis mengingati mangsa serangan 7 Oktober.
"Kamu seorang yang amat memalukan, Ayahnya telah dibunuh dan anaknya dibiarkan," demikian jeritan salah seorang penduduk itu hingga memaksa Netanyahu menghentikan ucapannya selepas ia baru sahaja bermula.
Sementara itu, Al-Jazeera melaporkan salah seorang penduduk berulang kali menjerit kepada Netanyahu mengatakan"Ayah saya terbunuh".
Netanyahu memberi ucapan sempena mengenang mangsa konflik Israel-Hamas di Mount Herzl pada 27 Oktober lalu.
Media antarabangsa melaporkan acara peringatan utama itu sedang disiarkan secara langsung di seluruh negara.
Rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah berlarutan selama berbulan-bulan dan banyak pihak menyalahkan Netanyahu kerana gagal mencapai perjanjian.
Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 40,738 orang dan mencederakan 94,154 orang dalam perangnya ke atas Gaza sejak 7 Oktober.
Dianggarkan pula seramai 1,139 orang terbunuh di Israel semasa serangan yang diketuai Hamas sementara sekitar 250 orang ditawan oleh kumpulan itu.
Tentera Israel telah mengakui kesukaran untuk menyelamatkan berpuluh-puluh tawanan yang masih tinggal dan berkata hanya perjanjian boleh membawa pulangan besar-besaran. - Agensi