Perkasa Young Tigers, buru empat terbaik di Oman

Iklan
Pengalaman di pentas SOJC akan dimanfaatkan Young Tigers dalam memantapkan pasukan menjelang Kejohanan Hoki Remaja Asia bukan depan. Gambar kecil: Vikneswaran

SASARAN untuk berada dalam kelompok empat terbaik pada Kejohanan Hoki Remaja Asia di Muscat, Oman bulan depan adalah realistik berdasarkan kepada keupayaan dan semangat juang para pemain.

Hasrat tersebut selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diluahkan oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.

Iklan
Iklan

Ketua jurulatihnya, I Vikneswaran berkata, skuad Young Tigers akan menyahut cabaran tersebut dengan mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik sekali gus layak ke Piala Dunia Remaja 2025 tahun depan.

Beliau berkata, bagi merealisasikan impian tersebut kemampuan skuad perlu diperkasakan lagi supaya dapat memberi tentangan sengit kepada pasukan lawan.

Iklan

"Realistik untuk capai empat terbaik. Ia berdasarkan kemampuan pemain ketika menyertai SOJC (Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor) 2024 baru-baru ini.

"SOJC merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh para pemain, mereka tiada pengalaman sebelum ini. Malah pasukan itu juga dipersiapkan dalam tempoh singkat dan pertandingan tersebut bagus buat mereka untuk menonjolkan keupayaan di pentas antarabangsa," katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Iklan

Sebagai rekod, kejohanan yang bermula 26 November hingga 4 Disember berkenaan menampilkan 10 pasukan dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Pakistan, China, Oman dan Bangladesh.

Secara keseluruhan, tujuh slot disediakan untuk Asia pada Piala Dunia Hoki Remaja 2025 dengan satu tiket sudah tersedia buat tuan rumah, India.

Vikneswaran menjelaskan bagi memantapkan pasukan beberapa kelemahan yang sudah dikenal pasti perlu diperbaiki dengan sesi latihan berbaki antara dua ke tiga minggu.

Beliau berkata, ia melibatkan disiplin permainan, tanggungjawab dan karakter pemain ketika di dalam serta di luar padang.

"Daya ketahanan pasukan perlu diperkasakan lagi. Misalnya, barisan kejurulatihan menerapkan satu corak permainan. Secara keseluruhan mereka faham dan ikut perancangan itu, tetapi ia tidak konsisten.

"Apabila tiba di penghujung perlawanan apa yang dipraktik sejak awal 'hilang'. Ia disebabkan oleh tekanan pihak lawan. Isu ini perlu diatasi dan pemain perlu konsisten dari awal permainan sehingga wisel penamat. Tanggungjawab kendiri perlu lebih kuat," katanya.

INFO

Kejohanan Hoki Remaja Asia

(Muscat, Oman, 26 November hingga 4 Disember)

KUMPULAN B

1.Pakistan

2.China

3.Oman

4.Malaysia

5.Bangladesh