Dakwah di media sosial jentik hati anak muda

Iklan
Kerangka kawal selia atau pelesenan platform media sosial boleh dimanfaatkan untuk memerangi dan menghapuskan perlindungan yang selamat bagi pelaku penipuan kewangan dalam talian. Gambar hiasan

MEDIA sosial memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh pelosok masyarakat terutama pada era digitalisasi kini.

Pendakwah boleh memanfaatkan platform seperti TikTok, Instagram, Facebook, X dan banyak lagi untuk menyampai mesej dakwah kepada khalayak ramai khusus kepada golongan muda yang sering menggunakan media sosial berkenaan.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut ditekankan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk menguasai media sosial sebagai salah satu usaha dalam menyebarkan ajaran Islam.

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ramai anak muda lebih tertarik dan terkesan apabila melihat video pendek di media sosial berbanding ceramah yang panjang.

Iklan

Selain itu, media sosial tersebut menyediakan peluang berinteraksi secara langsung antara pendakwah dan pengikut mereka.

Ia berikutan ruangan komen, mesej atau siaran langsung digunakan untuk menjawab pelbagai kemusykilan mengenai isu agama sekali gus mendapat respons dengan segera.

Iklan

Bagaimanapun, dakwah di media sosial tidak terlepas daripada penyebaran maklumat yang mungkin boleh mencetuskan salah faham.

Justeru, pendakwah perlu diingatkan untuk memilih dan menyampaikan mesej yang benar, selaras dengan ajaran Islam sebenar.