Antara Pak Belalang dan ChatGPT
Iklan
DALAM setiap budaya dan tamadun, wujud pelbagai cerita rakyat mengenai watak-watak bijak, pintar dan licik yang dijadikan contoh. Watak-watak ini mencerminkan nilai-nilai yang dihargai oleh masyarakat. Selain menghiburkan, ia mengandungi pengajaran yang menjangkau batas masa dan budaya.
Masyarakat Asia Barat menghidupkan watak Shahrazad melalui kisah 1,001 Malam atau Arabian Nights. Ia mengisahkan seorang Raja Parsi bernama Shahryar yang berasa sangat kecewa setelah dikhianati oleh isterinya. Akibatnya, dia berkahwin dengan seorang wanita baharu setiap malam dan membunuhnya pada keesokan harinya.