Anjing selamatkan pemilik daripada ke Wuhan

Iklan
Seekor anjing peliharaan bernama Kimi telah menyelamatkan pemiliknya daripada berkunjung ke bandar Wuhan, China yang merupakan lokasi tercetusnya wabak koronavirus.

TAIWAN - Seekor anjing peliharaan telah menyelamatkan pemiliknya daripada berkunjung ke bandar Wuhan, China yang merupakan lokasi tercetusnya wabak koronavirus.

Anjing peliharaan bernama Kimi itu dikatakan telah mengoyakkan pasport pemiliknya, seorang wanita yang berasal dari Taiwan, lapor Bored Panda menurut sumber.

Iklan
Iklan

Pada awalnya, wanita tersebut berasa sungguh marah kerana anjingnya bertindak menggigit dan mengoyakkan pasportnya sehingga menyebabkannya terpaksa membatalkan hasratnya melawat bandar di Hubei itu.

Tindakan anjingnya itu dikongsikan pemiliknya melalui laman Facebooknya pada 13 Januari lalu sebelum berita mengenai penularan wabak koronavirus tersebar.

Iklan

Wanita itu kemudiannya bersyukur dengan tindakan Kimi beberapa hari kemudian dan terkejut dengan berita penyebaran wabak koronavirus yang sehingga kini telah meragut lebih 800 nyawa.

Seekor anjing peliharaan bernama Kimi telah menyelamatkan pemiliknya daripada berkunjung ke bandar Wuhan, China yang merupakan lokasi tercetusnya wabak koronavirus.

Iklan

"Masihkah anda ingat akan pasport saya? Anjing saya telah melindungi saya. Selepas mengoyakkan pasport saya, virus tersebut telah merebak ke tempat yang saya ingin pergi.

"Apabila saya fikir kembali, saya berasa sungguh terharu. Nasib baik anjing saya membatalkan kunjungan saya ke situ," tulisnya.

Sehingga hari ini, angka korban akibat koronavirus meningkat kepada 814 orang, mengatasi angka kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 18 tahun lalu dan wilayah Hubei sahaja mencatat penambahan bilangan kematian sebanyak 89 orang.