[VIDEO] Nelayan didakwa bunuh lelaki Pakistan guna pemutar skru

Iklan

GEORGE TOWN - Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 di sini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan dalam kejadian minggu lalu.

Kiong Chan Kyam, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Iklan
Iklan

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Chan Kyam didakwa membunuh Rashid Mahmood, 48 di sebuah kedai di Lorong Burma kira-kira jam 4 petang pada 21 Oktober lalu.

Iklan
Tertuduh dibawa ke mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.


Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil manakala Chan Kyam tidak diwakili peguam.

Syairah memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.

Iklan

"Tiada jaminan ditawarkan,” katanya.

Mohamad Azlan menetapkan 21 Januari tahun hadapan untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pada 21 Oktober lalu, seorang lelaki warga Pakistan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Jalan Datuk Keramat selepas ditikam di Pulau Tikus di sini.

Siasatan awal mendapati mangsa terlibat dalam satu pertengkaran dengan suspek utama di sebuah kedai sebelum ditikam dengan pemutar skru.

Mangsa yang parah dibawa rakannya ke sebuah klinik di Datuk Keramat.

Suspek kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian.

Suspek utama ditangkap keesokan harinya di sebuah rumah di Tanjung Tokong, di sini.

Dia adalah antara 11 orang yang ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.