Melaka terima anugerah kecemerlangan industri halal

Iklan
Ab Rauf (tujuh,kiri) Tengku Zafrul (lapan,kiri) dan Hairol Ariffien (sebelah) bergambar kenangan selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia 2023 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan HDC di sebuah hotel, di Peringgit di sini, pada malam Selasa.

MELAKA - Melaka menerima anugerah khas dari Halal Development Coperation Berhad (HDC) sebagai pengiktirafan dan usaha kerajaan negeri itu membangunkan serta memperkasakan ekosistem industri halal negara.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif, Hairol Ariffien Sahari berkata, pemilihan anugerah Kecemerlangan Prestasi Halal peringkat negeri itu dibuat berdasarkan beberapa kreteria termasuk melihat negeri ini mempunyai rangka kerja pembangunan ekosistem ataupun industri halal yang mantap.

Menurutnya, ini termasuk kesungguhan Melaka dalam mewujudkan kawasan perniagaan halal di Serkam Halal Hub, Jasin yang menempatkan beberapa syarikat multinasional (MNC) dan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Iklan

"Saya lihat dari segi penglibatan mereka, kesungguhan mereka dalam merencana agenda halal di Malaysia dan di luar negara.

"Dari sudut yang memberi markah tertinggi adalah kawasan industri halal di Serkam itu sendiri dan patut dicontohi oleh negeri-negeri lain di Malaysia," katanya.

Iklan

Hairol Ariffien berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia 2023 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan HDC di sebuah hotel, di Peringgit di sini, pada malam Selasa.

Tambahnya, ini juga merupakan semangat yang ditunjukkan Melaka dalam memajukan ekonomi halal dan bukan sahaja yang berbentuk eksport halal malah juga dari segi pelaburan.

"Saya juga melihat kesungguhan negeri ini membangunkan anak tempatan menceburi bidang industri halal," katanya lagi.

Pada majlis itu kira-kira 30 pemain indiustri halal termasuk individu menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Anugerah Kecemerlangan Halal Sedunia itu turut diterima beberapa syarikat terkenal seperti Zus Coffe, Mamee, Safi dan lain-lain lagi dalam menghargai sumbangan serta pencapaian cemerlang mereka dalam bidang berkenaan.

Turut menyaksikan anugerah ‘Halal Leadership Excellence Award’ diterima oleh Penyelaras Hal Ehwal Halal, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff.