Polis gempur sarang penagih

Iklan
Polis menahan 20 individu dalam serbuan Op Sarang di sekitar Kajang dan Klang, baru-baru ini.

SHAH ALAM - Polis memberkas 20 individu hasil serbuan sarang penagih di sekitar daerah Klang dan Kajang, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Op Sarang itu dijalankan bermula 21 hingga 27 Oktober oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor.

Iklan
Iklan

"Selain tangkapan 20 penagih dan pengedar ini, polis telah merampas dadah heroin seberat 16.26 gram serta syabu (0.48 gram) dianggar bernilai RM459.30.

"Op Sarang ini merupakan salah satu inisiatif dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai sarang pengedar dan sarang penagih dadah di sekitar Selangor," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati kesemua tangkapan positif dadah.

Tegasnya, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Iklan

17 Oktober lalu, Hussein dilaporkan berkata, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, JSJN Selangor telah menahan 18,878 penagih dan pengedar dadah.

Daripada jumlah itu, 636 adalah pengedar dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, JSJN Selangor juga menumpaskan 27 sindiket pengedaran dadah dan menangkap 725 individu, iaitu 3.84 peratus daripada tangkapan keseluruhan bagi tempoh tersebut selain rampasan dadah bernilai RM103.54 juta yang dipercayai boleh dibekalkan kepada 2.5 juta pengguna.