Dakwa larang pengeluaran KWSP untuk haji, Hui Ying buat laporan polis

Iklan
Pegawai Tugas-Tugas Khas Hui Ying, Lim Swee Kuan jam 10.30 pagi Rabu di Pondok Polis Segambut, Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying membuat satu laporan polis berkaitan dakwaan larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji.

Menerusi kenyataan Hui Ying berkata, laporan itu dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau, Lim Swee Kuan jam 10.30 pagi Rabu di Pondok Polis Segambut, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Jelasnya, langkah tersebut diambil untuk menghalang penyebaran berita palsu ini daripada mencetuskan isu sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

"Penglibatan polis amat penting dalam memastikan berita palsu ini dihentikan segera," ujar beliau.

Iklan

Tegas Hui Ying, Akaun Sejahtera KWSP sememangnya boleh digunakan oleh bakal jemaah haji yang berusia di bawah 55 tahun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana telah dijelaskan dalam Dewan Rakyat pada 28 Oktober lalu.

"Prosedur ini telah kekal sejak diperkenalkan pada tahun 2013, tanpa mengira siapa yang memegang tampuk pemerintahan," katanya.

Iklan

Tambah beliau, setiap pengguna media sosial perlu bertanggungjawab untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.

"Kegilaan mengejar perhatian dan populariti tanpa mengkaji kesan buruk boleh membawa kepada perpecahan yang tidak diingini, khususnya apabila elemen keagamaan dan perkauman dipergunakan secara tidak bertanggungjawab," ujarnya.