Pahlawan misteri jaga pintu masuk bendung koronavirus

Iklan
Seorang lelaki yang lengkap berpakaian baju besi dan membawa guandao berkawal di pintu masuk sebuah perkampungan di China.

BEIJING - Sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki di China menunggang seekor kuda lengkap berpakaian baju besi mengawal pintu masuk ke kampungnya selepas negara itu kini bergelut krisis epidemik koronavirus menjadi tular di media sosial.

Pahlawan misteri di perkampungan yang tidak didedahkan itu mengambil langkah sendiri untuk menguatkuasakan langkah sekatan yang dikenakan pemerintah China sebagai usaha membendung penularan wabak berkenaan.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan turut menahan sebuah kereta yang cuba memasuki kampung didiaminya dengan guandao iaitu senjata yang dibuat daripada pisau tebal dan dipasang pada sebatang kayu.

Difahamkan, beberapa individu lain turut bersama pahlawan berkenaan mengawal pintu masuk ke kampung tersebut.

Iklan
Iklan

Ketika ini, kebanyakan bandar utama di China telah mengenakan sekatan termasuk menyekat pergerakan penduduk dan pengangkutan selepas bandar Wuhan di wilayah Hubei yang menjadi pusat epidemik wabak tersebut menguatkuasakan langkah kuarantin pada 23 Januari lalu. - Agensi