Warga emas maut motosikal bergesel ketika ubah laluan

Iklan
Seorang warga emas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Semarak, Kuala Terengganu meninggal dunia di lokasi kejadian.

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah motosikal lain ketika mengubah laluan dalam kejadian di Jalan Semarak, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku jam 11.15 pagi itu menyebabkan mangsa, Syed Mahado Tuan Dalam, 74 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, nahas itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Ego dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC 135 ditunggang seorang pelajar berusia 23 tahun.

Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Jalan Semarak, Kuala Terengganu.

"Ketika kejadian motosikal ditunggang pelajar itu dari arah Gong Badak menghala ke Kuala Ibai manakala mangsa dari arah lampu isyarat PSM Gong Badak menghala ke arah lampu isyarat Semarak.

Iklan

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki pelajar itu dikatakan berada di lorong kanan manakala motosikal mangsa dari arah sama di lorong kiri secara tiba-tiba telah mengubah haluan masuk ke lorong kanan secara mengejut menyebabkan pelajar berkenaan tidak sempat mengelak lalu kedua-duanya bergesel," katanya di sini pada Rabu.

Azli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pelajar terbabit mengalami kecederaan pada kaki kiri telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

Iklan

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.