Suasana perkampungan masyarakat Orang Asli

Iklan
Suasana perkampungan masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Kampung Gawin, Pos Gob adalah antara penempatan masyarakat Orang Asli paling jauh di pedalaman di Kelantan yang jaraknya dengan Bandar Gua Musang adalah sekitar 98 kilometer.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan memanfaatkan peruntukan RM380 juta yang disediakan menerusi Belanjawan 2025 dengan menumpukan dan menambah baik aspek pendidikan serta pembangunan ekonomi masyarakat berkenaan.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Selain itu sejumlah RM10 juta turut disediakan untuk badan bukan kerajaan (NGO) dan JAKOA bekerjasama membina rumah di bawah program EPIC Homes yang dapat membekal elektrik serta air bersih kepada Orang Asli dengan lebih jimat dan pantas.

Program EPIC Homes itu yang dijangka melibatkan 40 perkampungan Orang Asli di seluruh negara.