Sewa murah, peniaga jangan ambil kesempatan - Pengerusi Mara

Iklan
Asyraf Wajdi (tengah) beramah mesra dengan peserta pada Majlis Penutupan International Conference On Teacher Education 2024 yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MAara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menyalahgunakan premis perniagaan milik agensi itu yang dikenakan sewa pada kadar murah.

Beliau berkata, hasil terjah yang dilakukan mendapati ada dalam kalangan mereka menjadikan Arked Mara sebagai stor, sekali gus mengganggu aktiviti urus niaga penyewa lain.

Iklan
Iklan

"Ada juga yang beroperasi hanya atas nama sahaja, perniagaan suam suam kuku, malah premis disewa tidak dibuka dan ini memberi kesan kepada usahawan yang sedang beroperasi di arked tersebut.

"Kita sudah dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang berkenaan," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Penutupan International Conference On Teacher Education 2024 yang diadakan di Hotel Grand Riverview di sini.

Menurut Asyraf Wajdi, beliau telah membuat ketetapan yang tegas selepas mengesan tindakan yang dilakukan oleh segelintir peniaga terbabit.

Iklan

Ujarnya, Mara mempunyai 6,666 premis perniagaan dan ada yang telah berusia lebih 50 tahun.

"Saya berharap peluang yang disediakan oleh Mara dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membantu ekonomi para peniaga," katanya.