[VIDEO] Pengurus Ikhwan Cafe didakwa memperdagangkan orang

Iklan

KOTA TINGGI - Seorang pengurus Kafe Ikhwan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, pada Rabu, atas empat pertuduhan memperdagangkan orang.

Tertuduh, Mohamad Suhaimi Mohd Sani, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Hayda Faridzal Abu Hassan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Mohamad Suhaimi bersama dua suspek yang telah dituduh dan dua lagi suspek yang masih bebas, didakwa dengan niat bersama memperdagangkan empat individu termasuk tiga wanita berusia 30 hingga 57 tahun, bagi maksud eksploitasi kerja paksa dengan cara ancaman.

Kesalahan itu dilakukan di Ikhwan Resort Kampung Air Bintan, Ladang Sungai Papan, Bandar Penawar, Kota Tinggi, sejak Mei hingga satu Oktober.

Iklan
Mohamad Suhaimi diiringi polis di mahkamah pada Rabu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Khairuddin Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Zahier Rosli.

Iklan

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin lima ribu ringgit bagi setiap pertuduhan, berserta syarat tambahan seperti tidak boleh mengganggu mangsa, melapor diri setiap bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kluang sebulan sekali dan menyerahkan passport antarabangsa kepada mahkamah.

Sebutan semula kes dan penyerahan dokumen ditetapkan pada 28 November depan.