Nidzam Jamil letak jawatan, tinggalkan Selangor FC

Iklan
Nidzam Jamil telah membuat keputusan untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah berkuat kuasa serta-merta. Foto Bernama

PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil telah membuat keputusan untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Selangor FC dalam satu kenyataan yang turut mengucapkan terima kasih kepada Nidzam sepanjang menabur bakti di kelab tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, buat masa ini jawatan pengendali pasukan akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim dan dalam masa sama kelab akan mengenal pasti pengendali baharu.

"Beliau telah memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.

Iklan

"Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya," kata kenyataan itu.

Dibawah bimbingan Nidzam, Selangor kini berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Iklan

"Beliau banyak memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini," kata kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, Nidzam dilantik sebagai pengendali Selangor pada 16 Mac tahun ini bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan.