Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyasarkan 10,000 pengunjung akan hadir ke Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea yang akan diadakan di Tapak Parkir Gravitas, Jalan Baru Prai, Pulau Pinang pada 2 November ini.
Bermula dari pukul 8 pagi hingga 10.30 malam, karnival GEN-AI menyajikan pelbagai aktiviti menarik selain tawaran istimewa kepada pengunjung.
Karnival tersebut bertujuan untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan kekitaan dalam kalangan belia menerusi aktiviti serta program interaksi yang disediakan.
Karnival ini mampu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai isu-isu semasa menerusi aktiviti yang disajikan seperti pameran serta ceramah.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan termasuk forum kecerdasan buatan (AI) dan belia yang bertajuk Pembangunan Ilmu AI dengan inklusif - Peluang, Potensi dan Cabaran.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama pempengaruh, persembahan pentas, sembang santai bersama Klik Dengan Bijak selain mampu memenangi cabutan bertuah.
Turut dianjurkan ialah program sembang santai bersama pempengaruh e-sukan, program e-sukan NADI dan persembahan buskers.
Dalam pada itu, majlis pelancaran Karnival GEN-AI akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebelah petang sebelum disusuli dengan sesi Temu Anwar pada pukul 1.30 tengah hari yang akan menyaksikan Perdana Menteri mengadakan sesi interaksi bersama dengan kumpulan belia.
Kemuncak Karnival GEN-AI ialah persembahan konsert oleh artis-artis tempatan yang akan berlangsung pada sebelah malamnya.
AKTIVITI:
Pertandingan e-sukan
Masa: 10 pagi hingga 6.30petang
Tempat: Reruai e-sukan dan pentas utama
Pameran jualan, kaunter bayar saman dan Pertandingan Muay Thai
Masa: 9 pagi hingga 6 petang
Kawasan tapak pameran Pasar Pasola
Masa: 10 pagi hingga 9 malam
Tapak Pasar Pasola