Tahanan rumah: Lebih baik letak di bawah mahkamah

Iklan
Haniff Khatri (kanan) ketika dalam program Interviu bertajuk ‘Kes 1MDB dan nasib Najib’ pada Rabu.

SHAH ALAM - Pengubalan akta baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah tidak boleh diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara atau pihak Parlimen semata-mata bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa terhadap pelaksanaan tersebut.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla berkata, kuasa itu lebih sesuai diserahkan kepada mahkamah supaya hukuman alternatif itu bersifat adil dan bermanfaat untuk semua pihak.

Iklan
Iklan

"Jika biarkan mereka (Jabatan Peguam Negara atau pihak Parlimen) buat, kita khuatir mereka akan selitkan peluang untuk menyalahgunakan kuasa itu sama ada dengan niat atau tidak sengaja.

"Kita juga syorkan supaya pakar dalam bidang masing-masing seperti pesara hakim, peguam negara atau peguam dimasukkan dalam jawatankuasa gubal undang-undang ini perkara ini dapat dinilai mengikut konsep kedaulatan undang-undang,” katanya dalam program Interviu bertajuk ‘Kes 1MDB dan nasib Najib’ pada Rabu.

Iklan

Program yang dihoskan Haizir Othman itu berlangsung menerusi siaran di semua platform digital Sinar Harian.

Haniff Khatri (kanan) ketika dalam program Interviu bertajuk ‘Kes 1MDB dan nasib Najib’ pada Rabu.

Menurut Haniff Khatri, kerajaan juga disarankan supaya membenarkan seseorang tahanan itu untuk keluar dari kawasan rumah dari jam 7 pagi hingga 7 malam bagi membantu menyara kehidupan ahli keluarganya.

Iklan

Ulas beliau, bagaimanapun tahanan tersebut perlu mengikut syarat ditetapkan seperti memakai alat pengesan untuk tujuan pemantauan.

"Sistem teknologi pun perlu disemak dan semua ini perlu dipastikan betul. Maka dengan kebenaran ini, orang itu dibenarkan untuk keluar mencari nafkah, supaya dia sedar kesalahan yang telah dibuat dan tidak mengulangi perkara tersebut,” ujarnya.