Remaja, budak 10 tahun maut dalam nahas

Iklan
Keadaan Perodua Aruz yang terbabit dalam kemalangan di Batu 32 Bukit Tarap, Sandakan.

SANDAKAN - Seorang remaja perempuan dan kanak-kanak lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Batu 32 Bukit Tarap di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua mangsa yang maut belum dikenal pasti identiti mereka namun melibatkan seorang remaja perempuan dan juga kanak-kanak berusia 10 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 15 kilometer dari BBP Kinabatangan.

Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Aruz yang terbabas sendiri dan terbalik di jalan raya.

"Terdapat enam mangsa terlibat iaitu empat dilaporkan cedera manakala dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Katanya lagi, semua mangsa yang cedera segera dihantar ke hospital menggunakan ambulans bagi rawatan lanjut.

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, hubungan semua mangsa belum dapat dikenal pasti," katanya.