Perlis fail permohonan semakan untuk kembalikan status agama Islam anak Siew Hong

Iklan
Kerajaan Perlis memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan sebagai usaha mengembalikan status agama Islam tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Kerajaan Perlis memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan sebagai usaha mengembalikan status agama Islam tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan permohonan semakan difailkan semalam mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kerajaan Perlis telah memberikan kebenaran kepadanya untuk memulakan permohonan semakan bagi pihak mereka.

Peguam Siew Hong, Dr Shamsher Singh Thind ketika dihubungi berkata, mahkamah telah menetapkan 29 November ini untuk pengurusan kes bagi permohonan semakan itu.

Iklan

Dalam notis permohonan yang diperoleh Bernama, kerajaan negeri memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan sebelum ini, yang menolak kebenaran merayu permohonan yang difailkan oleh kerajaan negeri dan tiga pihak lain.

Permohonan itu ditolak pada 14 Mei lepas, menghalang pemohon termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin daripada meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Jan.

Iklan

Mahkamah Rayuan telah membatalkan penukaran agama tiga anak Siew Hong kepada Islam dan mengisytiharkan mereka beragama Hindu.

Dalam permohonan semakan itu, kerajaan negeri menyatakan bahawa keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah menjejaskan hak mereka untuk didengar, dan mereka sedang memohon pendengaran semula permohonan kebenaran merayu.

Pada 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Loh untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam.

Siew Hong, 37, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 25 Mac 2022, memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya, M Nagahswara, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.

Tiga kanak-kanak itu yang diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, diserahkan kepada Siew Hong pada 21 Februari 2022 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya. - Bernama