Hari Bersama Media

Iklan

Petugas media diberi penerangan mengenai cabaran ikhtiar hidup pada Program Hari Bersama Media (HBM) Kementerian Pertahanan (MINDEF) 2024.

Sebanyak 56 petugas media daripada 21 agensi tempatan berpeluang merasai cabaran dilalui anggota tentera dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara sempena program itu.

Iklan
Iklan

Berkonsepkan"24 jam sebagai tentera”, program dua hari berakhir semalam itu berlangsung di Pangkalan Udara (PU) Jugra, Banting, Selangor dan dianjurkan Unit Komunikasi Strategik (UKS) MINDEF bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan penyeliaan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Foto Bernama