'Sukarnya mencari sahabat sejati' - Najib

Iklan
Najib Razak. Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesukaran dalam mencari sahabat sejati terutama mereka yang sanggup hadir di sisi ketika mendepani waktu kesusahan.

Iklan
Iklan

Hantaran di Facebooknya turut mendakwa ramai hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga bermuka-muka.

Najib pada Rabu diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi atas pendakwaan empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama.

Iklan

Tangkap layar hantaran di Facebook Najib pada Rabu.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Iklan

Bekas Presiden UMNO itu berterima kasih kepada semua pihak yang sanggup hadir bagi menunggu perkembangan keputusan berhubung kes tersebut.

"Dilihat begitu ramai dari kalangan penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa dan merindui dasar pentadbiran dahulu.

"Ikhlas. Inilah yang benar-benar sahabat sejati. Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat,” ujarnya.