Farid Kamil nafi ada 'orang ketiga', punca Diana Danielle fail cerai

Iklan
Pelakon dan pengarah Farid Kamil menyangkal perselisihan faham yang berlaku antara dia dan isteri, Diana Danielle, berpunca daripada orang ketiga.

PELAKON dan pengarah Farid Kamil menyangkal perselisihan faham yang berlaku antara dia dan isteri, Diana Danielle, berpunca daripada orang ketiga.

Kata Farid, apa yang terjadi antara mereka tiada kena-mengena seperti dakwaan sesetengah pihak.

Iklan
Iklan

"Emm... saya tak minta sesen pun duit netizen. Apa yang jadi antara saya dan isteri bukan seperti yang disangkakan.

"Tiada kena mengena dengan pihak ketiga," katanya.

Iklan

Ditanya sama ada Farid akan pulang ke rumah, pelakon tinggi lampai itu hanya tertawa kecil.

"Saya shotting sampai Subuh... berjemaah semua di sini," tambahnya.

Iklan

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula sebulan kemudian.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun. - Awani