Lambakan warga asing di Pandan Mewah, SPRM gesa salur maklumat

Iklan
Laporan khas Sinar Harian mengenai isu warga asing di Pandan Mewah, Ampang yang disiarkan Isnin lalu.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru mana-mana pihak untuk salurkan sebarang maklumat berkait jenayah rasuah berhubung isu lambakan warga asing di flat Pandan Mewah, Ampang.

Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata, pihaknya juga sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan sekiranya diperlukan.

Iklan
Iklan

"Agensi itu termasuklah pihak berkuasa tempatan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"SPRM sentiasa mengalukan dan menyeru mana-mana orang yang ingin untuk membuat aduan sebarang kesalahan jenayah rasuah atau salah laku di kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan penduduk flat Pandan Mewah, Ampang meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila isu lambakan warga asing dipercayai tidak mempunyai dokumen sah selain pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) tidak dapat ditangani dengan berkesan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, penempatan itu merangkumi 12 blok flat selain terdapat beberapa premis perniagaan termasuk kedai makan, runcit dan cuci kenderaan.

Iklan

Kawasan terbabit turut dilengkapi dengan padang permainan, namun tinjauan mendapati lokasi itu ibarat dikuasai 'orang luar' terutama seawal jam 5 petang.

Ada yang berniaga pakaian, makanan dan peralatan dapur seperti pinggan, periuk dan mangkuk.

Lebih 'menakutkan', biar pun dipercayai ada antara warga asing berkenaan tidak memiliki dokumen sah, mereka seperti bebas bergerak selain bekerja di premis kedai dan menjual barangan.