Warga asing niaga pasar mini, restoran dikompaun

Iklan
Lima notis kompaun terhadap peniaga warga asing dalam operasi dijalankan.

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan lima notis kompaun terhadap peniaga warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan premis warga asing di sini.

Menurut MBDK, operasi pemeriksaan itu dijalankan di Jalan Kebun Nenas 4D Bandar Putera menerusi Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasa pihak berkuasa tempatan itu.

Operasi pemeriksaan dijalankan di Jalan Kebun Nenas 4D Bandar Putera menerusi Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasa.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan itu mendapati sebanyak tiga premis menjalankan aktiviti pasar mini dan restoran dikendalikan warga asing dan dua premis mempunyai lesen perniagaan 2024.

"Sebanyak lima kompaun dikeluarkan antaranya kompaun UUK 3 (1) undang-undang kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

Iklan

"Dua lagi kompaun dikeluarkan di bawah UUK 20 undang-undang kecil Pelesenan Establisymen Makanan ( Majlis Perbandaran Klang) 2007 dan 14 (2) undang-undang kecil Pelesenan Establisymen Makanan ( Majlis Perbandaran Klang) 2007," ujarnya.

Pemeriksaan mendapati sebanyak tiga premis menjalankan aktiviti pasar mini dan restoran dikendalikan warga asing

Selain itu, dua kompaun di bawah Seksyen 46 (1) (d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 turut dikeluarkan oleh MBDK dalam operasi tersebut.

Iklan