PM hadir sambutan Rumah Terbuka Deepavali Madani

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di Sentul Depot pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani di Sentul Depot, di sini, pada Khamis.

Perdana Menteri yang memakai baju tradisional masyarakat India berwarna coklat tiba sekitar jam 11.15 pagi diiringi Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Iklan
Iklan

Majlis penuh meriah dan warna-warni anjuran Kementerian Digital dijangka dihadiri 5,000 pengunjung pelbagai kaum sempena perayaan Pesta Cahaya yang diraikan penganut agama Hindu di seluruh negara hari ini. Tinjauan Astro Awani menyaksikan majlis tersebut bukan hanya dihadiri kaum India, tetapi juga pengunjung daripada berbilang agama dan bangsa.

Selain limpahan cahaya, pelbagai menu tradisional rakyat Malaysia dihidangkan seperti panipuri, ladu, thosai, nasi lemak goreng serta sate. - Awani

Iklan
Iklan