Tersangkut dalam lumpur, warga emas terselamat jatuh dari Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamatkan wanita yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas terselamat selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di sini dalam kejadian pada petang Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 3.30 petang yang memaklumkan seorang wanita terjatuh di Kilometer 1.1 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menuju ke George Town.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita berusia 66 tahun itu dikatakan meninggalkan sebuah kereta jenis Honda di bahu jalan berhampiran tempat dia dilaporkan terjatuh.

"Wanita yang terjatuh itu telah tersangkut di dalam lumpur.

Iklan

"Anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali penyelamat dan dinaikkan ke atas tapak tiang jambatan sebelum dibawa dengan bot nelayan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Jurucakap berkenaan berkata, wanita itu kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan