PM sampaikan sumbangan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi

Iklan
Ahmad Farhan (kiri) mewakili Anwar menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi (depan, tengah) dan keluarganya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, semalam.

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.

"Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik-beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap autisme,” katanya.

Iklan

Anwar berkata, beliau telah meminta Ahmad Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan Joselyn untuk mendapatkan kad pengenalan dengan sesegera mungkin.

Kisah Joselyn, 27, sebelum ini dilaporkan sebuah portal berita yang menceritakan mengenai sambutan suram Deepavali bersama tiga adik-beradiknya tahun ini.

Iklan

Anwar menerusi catatan berasingan di Facebook memaklumkan, sumbangan dan kelengkapan Deepavali turut disampaikan kepada Jayalechmi dan keluarganya yang menetap di Klang, Selangor.

Sumbangan berkenaan turut disampaikan oleh Ahmad Farhan, semalam.

"Saudara Farhan Fauzi juga berkesempatan mewakili saya dalam sesi Ziarah Madani dengan berkunjung ke rumah Puan Jayalechmi di Klang dalam menyampaikan bantuan dan kelengkapan perayaan Deepavali.

"Puan Jayalechmi bekerja sebagai pengawal keselamatan dan suaminya pula bekerja sebagai kelindan lori perlu menyara empat orang anak yang masih bersekolah rendah," katanya. - Bernama