Asyraf Wajdi beri amaran, ‘You Touch You Go!’ kepada pelaku buli

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Tiada kompromi dengan mana-mana institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang melibatkan kes buli antara pelajar.

Presidennya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan kekecewaan apabila insiden yang melibatkan penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berulang sekali lagi.

Iklan
Iklan

"Langsung tiada iktibar dengan kes lalu yang menyebabkan kematian.

"Kalau berlaku di mana-mana institusi pendidikan Mara termasuk Maktab Sains Rendah Mara (MRSM), tiada kompromi saya dah tegaskan prinsip saya ‘You Touch You Go!’ (Awak Buli, Awak Dibuang!)

Iklan

Sebelum ini, Asyraf Wajdi memberi jaminan bahawa Mara tidak akan berkompromi terhadap sebarang kes buli jika dikesan berlaku dalam kalangan pelajar di MRSM.

Tangkap layar hantaran Facebook Asyraf Wajdi pada Khamis.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan pelajar walaupun anak orang kenamaan.

Iklan

Pada Rabu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera baru-baru ini.

Mangsa mengambil jurusan kejuruteraan itu didakwa dibuli penuntut senior dan kes terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas, yang menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

ATM turut menyatakan tindakan disiplin yang keras mahupun undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terbabit, jika terbukti bersalah.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, tindakan paling tegas akan dilakukan sekiranya terdapat kes buli yang berlaku di Institusi Pendidikan Mara (IPMa).