Australia wujudkan kejuaraan tahap dua tahun depan

Iklan
Venue Marconi Stallions FC, Bossley Park mampu menampung 9,000 penonton.

BOLASEPAK Australia (FA) mengesahkan 16 pasukan akan bersaing dalam saingan tahap dua kejuaraan negara itu yang akan dilancarkan pada Oktober 2025.

Namun di sebalik itu, badan induk tersebut tidak menyebut tentang sistem promosi. penyingkiran yang dikaitkan dengan liga utama Liga Australia (Liga-A).

Iklan
Iklan

Hampir setahun selepas menamakan lapan kelab pertama pertandingan itu, FA dalam satu kenyataan, berkata ia telah mengenal pasti enam lagi yang memenuhi keperluan teknikalnya, termasuk pasukan dari Adelaide, Hobart dan negeri selatan Queensland.

Fasa bidaan masih berterusan, bagaimanapun, FA berharap pusingan ketiga yang menyasarkan negeri yang kurang diwakili negara akan mengenal pasti kelab asas tambahan.

Iklan

"Pengenalan kejuaraan kedua kebangsaan adalah detik penting untuk perkembangan bola sepak di Australia

"Tier kedua kebangsaan akan menyediakan platform baharu untuk kelab ikonik mempamerkan bakat dan berhubung dengan penyokong-penyokong di seluruh negara," kata bos FA, James Johnson dalam kenyataan itu.

Iklan

Pertandingan 16 pasukan menandakan perkembangan ketara dalam hasrat FA sebelum merancang liga melibatkan 10 hingga 12 pasukan.

Bagaimanapun, pakar bola sepak yang telah lama mendesak kenaikan pangkat dan penyingkiran untuk memacu minat dalam sukan ini berkemungkinan kecewa.

Kenyataan FA tidak menyebut tentang sistem promosi penyingkiran atau mengubah model kedai tertutup Liga-A.

Pemilik kelab Liga A, yang sebahagian daripada mereka telah membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk menyokong kelab masing-masing telah lama menentang idea itu.

Kejuaraan tahap kedua akan diadakan setiap tahun mulai Oktober dengan format perlawanan kumpulan dan playoff.

Ia akan menampilkan sembilan pusingan hari perlawanan pada mulanya dan berakhir dengan penentuan akhir kejuaraan pada awal Disember, kata FA.

Nama pertandingan, identiti jenama dan reka bentuk trofi akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi, tambah badan induk itu.

Biarpun pasukan bola sepak lelaki dan wanita Australia digemari dalam kalangan penyokong sukan tempatan, bola sepak tempatan telah bergelut untuk memasuki pasaran di negara yang didominasi bola sepak Australian Rules dan liga ragbi.

INFO

- FA telah mengesahkan 16 pasukan akan mengambil bahagian dalam sembilan pusingan antara Oktober dan Disember.

- Pasukan pada pertama akan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan dan bermain enam perlawanan setiap satu, di tempat sendiri dan di tempat lawan, sebelum siri penyingkiran akhir.

- Dua teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke fasa kalah mati, terdiri daripada suku akhir, separuh akhir dan kemudian perlawanan akhir.

- Lapan kelab asas ialah APIA Leichhardt FC, Avondale FC, Marconi Stallions FC, Preston Lions FC, South Melbourne FC, Sydney Olympic FC, Sydney United 58 FC dan Wollongong Wolves FC.

- Bagaimanapun, komposisi kejuaraan dua ini mungkin berubah, dengan FA komited kepada proses pemilihan selanjutnya sambil menamakan enam kelab yang memenuhi keperluan teknikal tetapi tidak memenuhi keperluan kewangan iaitu Adelaide City FC, Caroline Springs-George Cross FC, Gold Coast United FC, Gungahlin United FC, South Hobart FC dan Sunshine Coast FC.