Van Nistelrooy dedah Ten Hag sedih, terluka dipecat United

Iklan
Erik ten Hag. FotoAFP

RUUD van Nistelrooy telah mendedahkan reaksi Erik ten Hag selepas pengendali kelahiran Belanda dipecat oleh Manchester United.

Ten Hag dipecat hanya beberapa bulan selepas diberikan kontrak baharu susulan permulaan buruk kelab itu dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

Van Nistelrooy telah dilantik sebagai pengendali sementara sebelum perbincangan dengan calon jurulatih utama, Ruben Amorim sedang dalam proses.

Bekas penyerang United itu berkata dia telah bercakap dengan Ten Hag dua kali sejak pemecatan itu dan mendedahkan terluka dengan pemecatannya.

Iklan

"Saya telah bercakap dengannya semalam sebelum perlawanan. Jelas sekali, (dia) sangat kecewa dan sedih kerana dia sangat mengambil berat tentang kelab.

"Saya benar-benar berasakan bahawa dia mengambil berat dan menyayangi kelab dan mahu membawa kelab ini ke hadapan dan itulah sebabnya kami berhubung.

Iklan

"Itulah sebabnya dia juga terluka kerana dia terpaksa meninggalkan pasukan tetapi juga berbangga dengan pencapaiannya di sini dengan dua piala dan jelas sekali sejarah yang dia telah tinggalkan," katanya.