Garaj terbakar, 11 motosikal musnah

Iklan
Sebanyak 11 motosikal musnah dalam kebakaran sebuah garaj di Lengkok Kampung Jawa 2, Bayan Lepas dekat sini pada Jumaat. Lori yang terbakar sebanyak 10 peratus berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bertugas.

GEORGE TOWN - Sebanyak 11 motosikal musnah dalam kebakaran sebuah garaj di Lengkok Kampung Jawa 2, Bayan Lepas dekat sini pada Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nor Mazuan Hafiz Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.51 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati api marak di garaj tersebut.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 6.30 pagi itu, sebanyak 11 buah motosikal musnah.

"Kebakaran melibatkan garaj menyimpan motosikal yang berkeluasan 10x10 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan 90 peratus.

Iklan

"Kebakaran turut melibatkan sebuah lori dengan anggaran peratusan kemusnahan 10 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Iklan
Anggota bomba ketika memadam api pada sebuah lori yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.

"Kita membuat 'size up' dan mengarahkan anggota dengan pakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman.

"Kebakaran dapat dikawal dan telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi," ujarnya.

Menurut beliau, kerja-kerja 'overhaul' dilakukan bagi memastikan tiada bahaya yang lain di lokasi kejdian.

Lori yang terbakar sebanyak 10 peratus berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bertugas.

"Operasi telah tamat sepenuhnya dan kita menyerahkan lokasi kepada pihak Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.

"Operasi melibatkan sembilan anggota termasuk penyelia," katanya lagi.