Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Perak

Iklan
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-68 kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang disambut pada Jumaat.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Iklan
Iklan

"Semoga ALLAH SWT merahmati baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda," menurut poster itu.

Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Nazrin, sebanyak 213 individu dianugerahkan darjah kebesaran serta pingat negeri Perak yang akan diadakan dalam dua sesi iaitu pada 9 dan 16 November ini di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Iklan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sambutan turut melibatkan penganjuran Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat, selain Sultan Perak juga berkenan membiayai hidangan makanan kepada 7,800 banduan dan tahanan yang menjalani hukuman di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Rumah Perantaraan penjara negeri.

Iklan

PM rafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Perak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Jumaat.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.

"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama,” menurut hantaran itu. - Bernama