Pengantin baharu kemalangan di Singapura kini dirawat di Hospital Pakar USM

Iklan
Ku Amazon bersyukur Akif kini berada di Hospital Pakar USM. Ketika ini Akif-Zarr berada dalam keadaan stabil kecuali tulang belakang.

KOTA BHARU - Pengantin baharu, Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang terbabit dalam kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), Singapura pada 17 Oktober lalu sudah dibawa pulang ke negeri ini dan sedang menerima rawatan di Hospital Pakar USM, Kubang Kerian.

Ibunya, Ku Amazon Tuan Yusof, 56, berkata, ketika ini anaknya berada dalam keadaan stabil kecuali tulang belakang.

Iklan
Iklan

"Hal ini kerana tulang belakang dia (Akif-Zarr Ukasyah) patah di lapan bahagian.

Media sebelum ini melaporkan keluarga merayu bantuan membiayai kos rawatan Akif di ICU, NUH Singapura.

"Doktor sedang memantau keadaan dia selepas melalui jarak perjalanan dari Johor Bharu ke Kota Bharu yang agak jauh," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, sebelum ini anak kedua daripada enam beradik itu menerima rawatan awal di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura dan kemudian dibawa pulang ke tanah air.

Ujarnya, selepas itu Akif-Zarr Ukasyah menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sebelum dibawa pulang ke negeri ini.

Iklan

Ku Amazon memberitahu, Akif-Zarr Ukasyah merupakan tonggak utama yang sering mengirimkan wang bagi membantu keluarga.

"Mengikut perancangan majlis sambut menantu anak kedua saya ini akan dilangsungkan pada Februari tahun depan.

Mengikut perancangan majlis sambut menantu Akif-Zarr akan dilangsungkan pada Februari tahun depan selepas berkahwin pada 28 September lalu.

"Jadi, setiap kali melihat inai di jari Nur Syahirah Md Zohir (menantu) hati saya menjadi sayu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan keluarga merayu bantuan membiayai kos rawatan Akif di ICU, NUH Singapura.

Ia selepas Akif yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja telah digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah beliau terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak daripada kemalangan lain.

Akif yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Singapura, baharu mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu, mengalami kecederaan serius tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.