Gabit kembali hidap kanser hidung selepas sembuh tahun lepas

Iklan
Gabit ketika ditemui media pada Pelancaran Helmet KYT TTR Jet Pendekar di Petronas Sepang International Circuit pada Jumaat. Foto Bernama

PELUMBA motocross negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai Gabit, kembali menghidap kanser hidung selepas bebas daripada penyakit berkenaan pada 2023.

Pelumba berusia 33 tahun itu berkata, beliau yang menghidap kanser tahap empat pada 2021 sudah bebas daripada barah berkenaan selepas menjalani beberapa rawatan kemoterapi, namun Institut Kanser Negara (IKN) mengesahkan barah itu kembali menyerangnya empat hari lepas.

Iklan
Iklan

"Tahun 2021 saya hidap kanser, saya bebas daripada kanser hidung tahap empat, tetapi empat hari lepas selepas buat CT Scan (imbasan topografi berkomputer) di IKN, kanser datang balik, dan perlu buat rawatan kemoterapi semula, tapi doktor tidak maklum tahap berapa.

"Tak boleh tipu memang sedih, saya tak boleh tahan, cakap banyak rasa kebas di bibir dan gusi berdenyut, serta mata sebelah kanan tak nampak, juling lari ke kiri. Bila cakap banyak, lidah rasa tarik saraf,” katanya kepada pemberita pada pelancaran topi keledar MKA Group di Litar Sepang Antarabangsa (SIC) di sini pada Jumaat.

Iklan

Pelakon, Farid Kamil (kanan) bersama Gabit menunjukkan helmet KYT TTR pada Pelancaran Helmet KYT TTR Jet Pendekar di Petronas Sepang International Circuit pada Jumaat. Foto Bernama

Kali pertama juara dua kali Kejuaraan FIM Supermoto Asia berkenaan disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Disember 2021.

Iklan

Terdahulu, MKA Group melancarkan reka bentuk topi keledar terbaharunya sendiri dengan imej pahlawan negara bertajuk KYT TTR Jet Pendekar siri.

Ketua Pegawai Eksekutif MKA Group, Bruce Lee berkata, pelancaran siri topi keledar berkenaan mengambil semangat juang Gabit sebagai pejuang yang melawan kanser. - Bernama