MotoGP: Bagnaia catat masa terpantas sesi latihan bebas di Sepang
Iklan
Aksi Bagnaia pada sesi Latihan Bebas 1 GP Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat. Foto Bernama
Sinar Harian
01 Nov 2024 4:20 pm
JUARA MotoGP dunia dua kali, Francesco Bagnaia memulakan kempen kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 dengan cemerlang apabila muncul pelumba terpantas pada sesi latihan bebas 1 (FP1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini pada Jumaat.
Pelumba Ducati Lenovo Team berkenaan merekodkan masa satu minit 58.795 saat (s) untuk meninggalkan pelumba Aprilia Maverick Vinales dengan kelebihan +0.743s, manakala pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team Marco Bezzecchi di tempat ketiga (1:59.848s).
Iklan
Iklan
Sementara itu, dalam kelas Moto2, pelumba Britain, Jake Dixon dari CFMOTO Aspar Team melakukan masa terpantas 2:06.255s untuk mendahului sesi latihan bebas.
Aks Muhammad Helmi pada sesi Latihan Bebas Moto2 GP Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat. Foto Bernama
Pelumba Jepun, Ai Ogura dari MT Helmets-MSI berada di tempat kedua terpantas dengan catatan masa 2:06.461s, dan Marcos Ramirez dari OnlyFans American Racing Team di tempat ketiga (2:06.589).
Iklan
Bagaimanapun, dua pelumba wildcard negara, Muhammad Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi dari pasukan Petronas MIE Racing RW gagal menyerlah apabila masing-masing menduduki tempat ke-29 (2:09.55s) dan ke-32 (2:10.195s).
Aksi Moto3 pula menyaksikan Angel Piqueras dari Leopard Racing mendominasi sesi latihan bebas dengan catatan masa 2:23.835s untuk berada di hadapan David Almansa dari Kopron Rivacold Snipers Team (2:24.355s), manakala tempat ketiga milik pelumba BOE Motorsports David Munoz (2:24.387s). - Bernama