Mujur anak perasan...

Iklan
Mohd Hamdan menunjukkan ular tedung selar sepanjang 4.26 meter yang ditangkap di Kampung Ngagoh, Kuala Krai.

KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menjadi 'hero' apabila memberitahu ibunya selepas melihat kelibat seekor ular tedung selar masuk ke kawasan garaj kereta di rumahnya di Kampung Ngagoh, di sini pada Khamis.

Kehadiran ular berbisa sepanjang 4.26 meter itu disedari pada jam 5.30 petang sekali gus menyelamatkan keluarganya daripada bahaya reptilia tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Muaz Bosri, 43, semasa kejadian dia berada di sebuah kedai kopi yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya.

"Sejurus menerima panggilan daripada isteri dia terus pulang ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Iklan

"Hasilnya, saya mendapati ular itu berada di kawasan garaj kereta," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Dia berlata, selepas itu panggilan kepada Pasukan Bomba Sukarelawan Guchil terus dibuat untuk tindakan lanjut.

Iklan

Sementara itu Pegawai Bomba Sukarelawan Guchil, Mohd Hamdan Mahadi berkata, pihaknya terus ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.05 petang.

"Saya bersama seorang lagi anggota terus melaksanakan operasi sejurus tiba di lokasi.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.35 petang," ujarnya,