Starbucks Malaysia nafi tutup lebih 100 cawangan

Iklan
Starbucks Malaysia menafikan dakwaan lebih 100 cawangan ditutup di negara ini.

SHAH ALAM - Starbucks Malaysia menafikan dakwaan lebih 100 cawangan ditutup di negara ini, sebaliknya hanya menghentikan operasi buat sementara waktu di beberapa premis.

Menurut syarikat tersebut, langkah itu merupakan sebahagian daripada penilaian berterusan bagi membolehkan mereka menyelaraskan kedudukan lebih strategik tanpa kehilangan pekerja.

Iklan
Iklan

"Kenyataan bahawa lebih daripada 100 cawangan Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah tidak benar.

"Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup, hanya buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

BFood dalam satu kenyataan berkata, syarikat tersebut memperoleh pendapatan sebanyak RM730.3 juta berbanding RM1.12 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

Dalam pada itu, tambah Starbucks Malaysia, tiada pekerja yang terjejas disebabkan penutupan kedai kekal mahupun sementara.

Iklan

Ujarnya, ia berikutan kakitangan berkenaan telah ditempatkan semula di kedai-kedai berhampiran untuk terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan tanpa gangguan.

"Kami juga melihat peningkatan positif dalam jualan kerana pelanggan mula menyedari bahawa tuduhan terhadap jenama ini adalah tidak benar dan Starbucks tidak pernah berada dalam senarai Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia),” katanya.