Masalah brek belakang jejas prestasi Khairul Idham

Iklan
Aksi SuperKIP. Foto Petronas MIE Racing RW

MASALAH brek belakang mengundang padah buat pelumba peluang khas Moto2 negara Khairul Idham Pawi pada sesi latihan 1 kejuaraan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang, pada Jumaat.

Wakil PETRONAS MIE Racing RW berkata, masalah brek tersebut dialaminya selepas pusingan kedua, sekali gus menyaksikan pelumba dikenali 'SuperKIP' itu kekal pada kedudukan ke-32, yang juga posisi tercorot dengan catatan masa 2 minit dan 10.045 saat (s).

Iklan
Iklan

"Walaupun pada awal pusingan kedua saya perbaiki masa berbanding sesi pagi (sesi latihan bebas), namun selepas itu jentera saya hadapi isu brek belakang, sehingga menyebabkan saya bergelut untuk menghentikan jentera sepanjang saingan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Pada sesi latihan bebas sebelah pagi, Khairul Idham melakar catatan masa 2:10.195s untuk berada di tempat ke-32.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi pelumba peluang khas negara Muhammad Helmi Azman yang mewakili pasukan sama, berpuas hati dengan tunggangannya hari ini sehingga berjaya merekodkan masa terpantas peribadi di sini.

Muhamamad Helmi, menduduki tangga ke-29 dengan melakukan 2:08.727s pada saingan latihan 1, sekali gus mengatasi catatan masa terbaiknya di sini dengan 2:10.112s pada sesi kelayakan tahun lepas.

Iklan

Terdahulu, pelumba berusia 24 tahun itu turut mengakhiri saingan di kedudukan ke-29 dengan catatan 2:09.550s pada sesi latihan bebas. - Bernama