Operasi padam kebakaran tapak kumpul barangan kitar semula tamat

Iklan
Bomba mengambil masa enam hari untuk menyelesaikan operasi tersebut.

KOTA BHARU - Operasi pemadaman kebakaran di tapak pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, di sini sejak Ahad lalu tamat sepenuhnya pada petang Jumaat.

Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Alam Nasut Ilias berkata, ia ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.04 petang.

Iklan
Iklan

"Dengan tamatnya operasi ini, kita serahkan tapak pengumpulan itu kepada pemilik asal untuk membuat pemantauan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, sekiranya kebakaran itu berlaku semula pemilik boleh membuat laporan terus kepada pihak bomba.

Iklan

Ujarnya, hasil pemantauan sejak awal pagi hingga tengah hari mendapati tiada lagi kepulan asap.

Alam Nasut berkata, pihaknya mengambil masa enam hari untuk menyelesaikan operasi tersebut.

Iklan

"Api sebenarnya telah padam pada hari kedua, cuma sisa asap masih ada.

"Jadi hari ini semuanya sudah selesai," ujarnya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan JBPM Kelantan sudah mengambil masa selama 71 jam untuk memadam kebakaran di tapak pengumpulan barangan kitar semula terbabit.

Operasi pemadaman kebakaran di tapak pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu yang terbakar sejak Ahad lalu tamat sepenuhnya pada petang Jumaat.

Kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 0.48 hektar itu dipenuhi dengan bahan sisa pepejal seperti getah, PVC, plastik dan kain.

Alam Nasut berkata, operasi pemadaman telah memasuki hari keempat dan sehingga jam 5 petang ini pihaknya menjangkakan masih ada 10 peratus lagi kawasan yang perlu dipadamkan dan operasi akan tamat pada Khamis.

Setakat ini seramai 36 anggota telah bertungkus lumus sepanjang kerja-kerja memadam kebakaran.

Ia melibatkan beberapa balai bomba dan penyelamat seperti Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Wakaf Bharu dan Pasir Tumbuh.

Turut sama ialah anggota bomba sukarelawan serta dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan bantuan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Pemadaman sukar dilakukan kerana barang kitar semula yang sudah dimampatkan disusun terlalu rapat dan tinggi sehingga tiga hingga ke lima meter.

JBPM Kelantan terpaksa menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalihkannya bagi memudahkan semburan di lakukan di bahagian bawah.