Turkiye puji negara-negara Afrika sokong isu Palestin

Iklan
Presiden Senegal, Bassirou Diomaye Faye (kiri) dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Foto Agensi

ISTANBUL - Turkiye memuji pendirian tegas negara-negara Afrika berkaitan isu Palestin dan menganggap ia 'sangat berharga' untuk mengembalikan keamanan di Asia Barat, lapor Anadolu.

"Kami mengikuti pendirian tegas saudara Afrika kami yang memahami maksud penindasan, perang dan pembunuhan beramai-ramai," kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya dari Senegal, Bassirou Diomaye Faye di Ankara.

Iklan
Iklan

Tambahnya, pendirian Senegal dalam isu Palestin berdasarkan penyelesaian dua negara adalah amat berharga.

"Kami akan meneruskan usaha ke arah ini. Kami juga melihat pendirian bersama rakyat Palestin dan Lubnan sebagai soal persaudaraan dan tugas kemanusiaan," katanya.

Iklan

Erdogan berkata, kedua-dua pemimpin dalam pertemuan mereka turut membincangkan langkah diambil Turkiye dan Senegal sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel, khususnya di Gaza dan wilayah Palestin.

Beliau juga memuji kepimpinan Senegal dalam Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa mengenai Pelaksanaan Hak-Hak Tidak Boleh Dicabut Rakyat Palestin sejak tahun 1975.

Iklan

"Kami akan meneruskan usaha kami ke arah ini. Kami berdiri bersama rakyat Palestin dan Lubnan sebagai soal persaudaraan dan tugas kemanusiaan.

"Imperialis telah belajar di Afrika bahawa keamanan tidak boleh dibina menerusi penindasan dan pembunuhan beramai-ramai," tambahnya.

Justeru, Presiden Turkiye turut memberi amaran bahawa 'mereka yang mencari keselamatan menerusi penindasan akan ditarik dalam pusaran ketidakamanan yang lebih luas'.

Mengenai serangan Israel di Lubnan dan Palestin, Erdogan berkata, wilayah itu sedang menuju ke arah konflik yang lebih teruk dan pada masa akan datang ia akan menjadi lebih bermasalah.

Beliau juga menggesa semua negara yang mempunyai 'berjiwa nurani' untuk memberi lebih banyak tekanan ke atas Tel Aviv. - Agensi