GAZA - Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin dan mencederakan 186 yang lain, menurut laporan perubatan.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lepas meningkat kepada 43,259 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 101,827 individu mengalami kecederaan. Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.