Beberapa orang maut, 9 cedera dalam kebakaran besar di kilang minyak masak

Iklan
Kira-kira 20 jentera bomba terlibat dalam usaha memadam kebakaran di sebuah kompleks perindustrian di Bekasi, sebuah bandar berhampiran Jakarta. Foto Reuters

JAKARTA - Beberapa orang maut manakala sembilan yang lain cedera apabila kebakaran besar berlaku di sebuah kilang minyak masak berhampiran Jakarta, Indonesia, pada Jumaat, menurut Agung Priambodo, Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jakarta.

Kira-kira 20 jentera bomba terlibat dalam usaha memadam kebakaran di sebuah kompleks perindustrian di Bekasi, sebuah bandar berhampiran Jakarta.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, hampir separuh kebakaran berjaya terkawal," kata Priambodo kepada Xinhua.

"Dua belas beg mayat yang mengandungi anggota badan mangsa dibawa dari tempat kejadian. Terdahulu, kami dimaklumkan, sembilan orang hilang," katanya, sambil berkata, kira-kira 30 petugas terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat di tapak itu.

Iklan
Iklan

Priambodo menambah, sembilan orang diselamatkan dari tempat kejadian, kebanyakannya melecur. - Bernama-Xinhua