PIHAK MotoGP membatalkan Grand Prix (GP) Valencia, perlumbaan terakhir pada Jumaat susulan bencana banjir besar yang melanda Valencia dan beberapa lagi kawasan di Sepanyol.
Pada masa sama penganjur akan memaklumkan lokasi dan tarikh baharu perlumbaan terakhir musim 2024 dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
Angka kematian akibat bencana cuaca terburuk di Eropah dalam tempoh lima dekad meningkat kepada 205 orang, kesemuanya kecuali tiga di wilayah timur Sepanyol.
"Setelah menimbang potensi kesan positif perlumbaan MotoGP di Valencia pada tarikh tertunda berbanding memastikan tiada satu sumber pun dialihkan daripada usaha pemulihan, kejuaraan dan pihak berkuasa tempatan diwajibkan membatalkan GP Valencia 2024.
"Sebagai ganti perlumbaan di Valencia, MotoGP akan memberikan sokongan dalam bentuk dana bantuan sedia ada secara kolektif bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan komuniti terjejas,” katanya.
Sebelum ini beberapa pelumba MotoGP yang sedang melakukan persediaan untuk GP Malaysia hujung minggu ini menegaskan adalah tidak beretika mengadakan perlumbaan, yang dijadualkan pada 15 hingga 17 November di litar Ricardo Tormo Valencia.
Sebagai rekod, saingan kejuaraan MotoGP musim ini melibatkan saingan sengit antara pelumba Pramac Racing dari Sepanyol, Jorge Martin dan juara dua kali Ducati dari Itali, Francesco Bagnaia.