Wang dan kuasa di tempat yang betul
Iklan
INSTITUT Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) secara umumnya menyambut baik belanjawan kerajaan untuk tahun 2025.
Dari segi tanggungjawab fiskal dan pengukuhan kewangan, pengurangan defisit fiskal (daripada 5 peratus pada 2023 kepada 3.8 peratus pada 2025) mencerminkan usaha serius ke arah mengurangkan beban hutang Malaysia.