Kem Azmin bakal kuasai MPT?
Iklan
SHAH ALAM - Beberapa penganalisis melihat kemenangan Muhammad Hilman Idham sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sebagai petunjuk kepada kumpulan penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin akan menguasai pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kali ini.
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, kemenangan itu memang mengejutkan banyak pihak kerana bekas Setiausaha Politik kepada Mohamed Azmin itu adalah 'orang baharu' dalam parti Bersatu selepas beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mac 2020.