Petugas ambulans di Gaza tidak sedar usung jasad ibu sendiri

Iklan
Insiden menyayat hati ini turut menjadi tular di media sosial. - Foto Agensi

GENTING GAZA - Seorang petugas ambulans di Genting Gaza berdepan detik memilukan apabila dia mengusung jasad ibunya sendiri yang terkorban dalam serangan di tengah wilayah itu.

Abed Bardini ditugaskan ke kem pelarian Maghazi yang dibedil rejim Zionis pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Ya Tuhan, dia ibu saya. Saya tidak tahu dia ibu saya,” raung Bardini ketika dia membuka kain putih yang menutup wajah mangsa.

Beberapa staf Persatuan Palang Merah lain dilihat cuba menenangkan lelaki itu yang tidak dapat mengawal kesedihannya.

Iklan

Pada mulanya Bardini duduk di sisi mayat tersebut tanpa mengetahui jasad berlumuran darah itu ialah ibunya ketika dibawa ke Hospital al-Aqsa di Deir al-Balah.

Perkara itu hanya disedarinya ketika staf hospital membuka selimut untuk memeriksa keadaan mayat.

Iklan

Rakan sepasukannya turut mengerjakan solat jenazah di ruangan parkir kompleks tersebut sebelum Bardini mengusung jenazah ibunya ke ambulans untuk urusan pengebumian. - Agensi