Tutup pintu depan rupanya tawar 'belaian' GRO

Iklan
Polis Kuala Lumpur menahan 27 wanita asing disyaki GRO dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Pasar Baharu Pudu, pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Tutup pintu utama dan hanya buka pintu belakang kononnya bagi elak dikesan rupanya beroperasi 'curi-curi' dengan menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO).

Bagaimanapun, taktik lapuk sebuah pusat hiburan terletak di Jalan Pasar Baharu Pudu di sini, terbongkar menerusi serbuan Op Noda #KLStrikeForce oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Operasi diketuai Asisten Superintenden Muhammad Juwaidi Ismail dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Semasa serbuan dilakukan, GRO wanita asing ini sedang leka melayan pelanggan minum selain cuba menggoda pelanggan dengan bayaran tip serendah RM10.

Antara wanita asing disyaki GRO ditahan dalam serbuan Op Noda #KLStrikeForce.

Iklan

Bagaimanapun, menyedari kehadiran polis, beberapa wanita berkenaan cuba melarikan diri selain menyembunyikan diri di bawah sinki dapur serta ruangan 'stall'.

Sinar Harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati salah satu tandas wanita telah diubah suai dengan pintu kecil sebagai laluan bagi memudahkan mereka melarikan diri sekiranya premis digempur pihak berkuasa.

Wanita asing disyaki GRO yang ditahan dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Pasar Baharu Pudu, pada Jumaat.


Dinding tandas yang diubah suai dengan pintu kecil sebagai laluan bagi melarikan diri.

Iklan

Ketika ditahan, ada antara wanita asing ini menangis selain mendakwa berada di premis berkenaan sebagai pengunjung.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan bermula jam 5.40 petang itu bertindak menahan 29 individu berusia lingkungan 24 hingga 67 tahun.

Antara peralatan seperti gelang dan kipas bewarna yang dirampas dipercayai dijadikan sebagai tip kepada wanita asing bagi mendapatkan layanan mereka.

Katanya, daripada jumlah itu, 27 wanita iaitu 16 warga Vietnam dan 11 China disyaki GRO, manakala dua lelaki termasuk seorang tempatan masing-masing berperanan sebagai penjaga premis dan pekerja.

"Selain itu, semakan mendapati premis dipercayai beroperasi tanpa lesen," katanya.

Wanita asing disyaki GRO yang cuba bersembunyi bagi elak ditahan polis dalam serbuan pusat hiburan di Jalan Pasar Baharu Pudu, pada Jumaat.

Tambah Rusdi, kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP) 1992.

Ada yang cuba bersembunyi bagi elak ditahan polis dalam serbuan pusat hiburan di Jalan Pasar Baharu Pudu, pada Jumaat.