Polis siasat kes remaja dikahwinkan dengan rakan bapa

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun warga Pakistan menderita selepas disyaki dipaksa berkahwin dengan rakan bapanya sejak setahun lalu.

Disebabkan sudah tidak tahan dan tidak mahu ikut untuk tinggal bersama suaminya yang juga warga Pakistan berusia lingkungan 50-an itu, remaja tersebut akhirnya membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

Mangsa yang menetap di Negeri Sembilan itu menyatakan tidak mahu mengikut suaminya balik ke rumah dan menyatakan perkahwinan bersama suaminya itu kerana dipaksa oleh ibu dan ayahnya.

Menurut sumber, ketika pernikahan, mangsa berumur 15 tahun dan masih bersekolah.

Iklan

"Suami mangsa merupakan rakan perniagaan kepada ayahnya. Sepanjang tempoh perkahwinan, mangsa tidak pernah tinggal bersama suami.

"Disebabkan itu, mangsa telah dimarahi oleh ibu dan ayahnya malah mangsa ini juga pernah dipukul kerana mengabaikan tanggungjawab kepada suaminya," katanya.

Iklan

Lebih membimbangkan lagi, ibu dan suami mangsa ini telah datang ke sekolah untuk membuat pertukaran sekolah tanpa pengetahuan dan persetujuan mangsa hingga menimbulkan kekecohan di sekolah terbabit.

Sumber berkata, susulan itu, mangsa juga telah membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.

"Mangsa yang tidak mahu pulang ke rumah itu kini tinggal bersama ibu saudara sehingga kes tuntutan fasakh selesai," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis.

"Kita ada terima laporan kes tersebut dan akan siasat dari pelbagai sudut. Biar polis jalankan siasatan dahulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.